Presiden Zambia
Presiden Zambia

Presiden Zambia

Presiden Zambia merupakan ketua negara dan pemerintah bagi Republik Zambia. Jawatan ini pertama kali dipegang oleh Kenneth Kaunda selepas kemerdekaan pada 1964. Sejak tahun 1991, selepas Kaunda meninggalkan jawatan itu, kepresidenan dipegang oleh lima orang lain lagi iaitu Frederick Chiluba, Levy Mwanawasa, Rupiah Banda, Michael Sata dan presiden terkini Edgar Lungu. Tambahan lagi, pemangku presiden Guy Scott berkhidmat dalam kapasiti sementara selepas kematian Michael Sata.Sejak 31 Ogos 1991, presiden menjadi ketua pemerintah apabila jawatan perdana menteri dimansuhkan pada bulan-bulan terakhir dalam tempoh kepresidenan Kaunda.

Presiden Zambia

Timbalan Naib presiden
Laman sesawang https://www.sh.gov.zm/
Tempoh jawatan 5 tahun, diperbaharui sekali sahaja
Pemegang sulung Kenneth Kaunda
Gaji AS$63,100 setahun[1]
Pembentukan 24 Oktober 1964